Sunday 26 June 2016

TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG

Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.

Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi mengelakkan kekusutan fikiran setelah pulang bercuti. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.


TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG
1) Menabung

Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.






2) Pakej promosi

TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG travel saving bugdetApabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.





TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG3) Perancangan percutian

Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.

Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.



4) Bajet semasa bercuti

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.

TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG travel saving bugdet
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi 
mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. 
Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan 
perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.




                                                      5) Tempahan awal

TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG travel saving bugdetIndustri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.



6) Bercuti bersama anak-anak

Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda.

Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.



7) Peta

TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG travel saving bugdet

Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian, pastikan anda membeli peta tempat tersebut ataupun cari saja peta yang disediakan secara percuma di hotel, pusat penerangan pelancongan, stesen keretapi dll. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

 

8) Pengangkutan

TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG travel saving bugdetDapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.

Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan
kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.



TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG travel saving bugdet9) Sarapan percuma (rasanya ini lebih praktikal dan sesuai bagi yang non-muslim)

Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.


* Jika melancong dalam negara dan tidak was-was dengan makanan yang disediakan, bolehlah manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang.



10) Ole-ole/ buah tangan

TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG travel saving bugdet
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke
tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.



TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG travel saving bugdet11) Dana Kecemasan

Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini
amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.




12) Penggunaan wang tunai

Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit. 


HAPPY HOLIDAY !!!


Sunday 5 June 2016

Tips on taking Apple Cider Vinegar

Tips on taking Apple Cider Vinegar

apple cider
   
  1. 1 day take 1 or 2 times only
  2. One tablespoon mixed with water
  3. Take after meals

Drinking Apple Cider vinegar ... you will lose weight quickly after your metabolic rate enhanced ...

Apple Cider Vinegar can be found in pharmacies, Guardian, and Watsons Jusco anda other stores...

Apple Cider Vinegar or apple vinegar is made of materials that are processed by fermentation where water sugar in the apples are separated by bacteria and yeast golden orange color and is sold in its natural form.

Apple cider vinegar is often used for health purposes other than use in dessert such as fruit salads. Most of us have acidic blood which result from factors nutrition and also processed carbohydrates and low in fiber.

Half of users experiencing a low metabolic rate and difficult to lose weight, this means the acid level in your body is high.

Drinking apple cider vinegar is good for health because apple cider vineger can help reduce weight.




How ?? Apple Cider Vinegar works?

apple cider vinegar 

It helps to accelerate the rate of metabolism in the body and get rid of the fats in your body and lose weight in the process of absorption of nutrients and digestion



Some other benefits of Apple Cider Vinegar:

  •     Help dilute and disperse blood levels of calories and sugar efficiently.
  •     Protect the liver from poisoning and prevent heart problems.
  •     Break the fat molecules and indirectly help the weight loss process.
  •     Fixing the problem of the urinary system.
  •     Activate metabolism and cells in the body and can eliminate the toxic elements in     the body.
  •     Help for those who are suffering from constipation.
  •     Content break kidney stones and bladder