TIPS JIMAT UNTUK MELANCONG
Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan
minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda
perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan
agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan
dengan lancar.
Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi
mengelakkan kekusutan fikiran setelah pulang bercuti. Berikut adalah
beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong
atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.
1) Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika
anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin.
Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri
anda dan terus fokus pada perancangan anda.
2) Pakej promosi

Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan
minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul
negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh
percutian anda.
Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan
tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik
berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh
mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.
4) Bajet semasa bercuti
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos
penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli.
Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi
mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di
luar negara.
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar
pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut
bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi
mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang.
Mengetahui kadar
pertukaran wang asing memudahkan
perancangan perbelanjaan, terutama
ketika membeli-belah.
5) Tempahan awal

6) Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan
kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan
kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan
anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan
percutian anda.
Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda
sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang
secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan
tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak.
Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.
7) Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian, pastikan anda membeli
peta tempat tersebut ataupun cari saja peta yang disediakan secara
percuma di hotel, pusat penerangan pelancongan, stesen keretapi dll. Ini
akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai
untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan
sebelumnya.
8) Pengangkutan

Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda
digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah
berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian
anda dapat diringankan
kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil
beramai-ramai.
Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan
hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah
mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh
mengurangkan lagi perbelanjaan anda.
* Jika melancong dalam negara dan tidak was-was dengan makanan yang
disediakan, bolehlah manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh
pihak hotel dan makan hingga kenyang.
10) Ole-ole/ buah tangan
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga
yang pernah berkunjung ke
tempat percutian yang anda rancangkan.
Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah.
Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak
membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda
berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk
dana kecemasan. Dana ini
amat berguna jika berlakunya sebarang perkara
yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital.
Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya
anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.
12) Penggunaan wang tunai
Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan,
terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj
perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.
HAPPY HOLIDAY !!!